Speed Memory version 1.0 Bakal Muncul!

Add comment 27 September, 2008

Game Terbaru Aku… Speed Memory!

Dalam masa 2 minggu aku belajar Flash. Sekarang aku dah hasilkan satu game untuk korang main. Sila bagi pendapat tentang game nie. Maklum ler baru belajar.. kalau ada buah cempedak diluar pagar, tolong jolokkan dan ajar aku sekali.. hahaha (pantun pun dah tak betul nie..).

Edit: Lupe plak nak bagi link. Okey, boleh main secara online kat SINI.

Add comment 6 September, 2008

Menganimasikan Wallpaper Anda!

Wallpaper adalah salah satu element penting dalam sistem operasi. Kadang kala ada yang suka meletakkan imej sendiri mahupun pemandangan semulajadi. Tahukah anda bahawa kini kita boleh menganimasikan wallpaper sesebuah Windows Vista atau pun Window XP (window lama yang lain tu dah out-dated, so malas orang nak develop program yang boleh run under dia.. hehehe). Caranya ialah dengan memuat turun dulu perisian dreamscene (sila check dalam Google! untuk maklumat lanjut) ke dalam komputer anda.

Memang menarik sekali tapi komputer anda kena lah boleh menampung kos memory yang banyak digunakan untuk menganimasikan wallpaper anda. Contoh di atas ini ada cutscene yang telah dibuat tadi… lepas nie ingat nak tukar balik ke mode asal memandangkan memory ram yang banyak diperlukan. Memang smooth betul pergerakan rumput2 hidup dalam wallpaper berkenaan. Mungkin pada masa akan datang, boleh membuat wallpaper animation yang cantik2 dan dinamik untuk tatapan pengguna.

Ingat nak tunggu upgrade sampai lebih 8GB RAM baru ler install balik program nie…. hahaha.

Add comment 25 Mei, 2008

Tengok Wayang: Forbidden Kingdom

Semalam aku tengok wayang kat Cineleasure Damansara cerita Forbidden Kingdom lakonan Jet Li dan Jacky Chan. Namun rasa macam takde feel tengok aksi diorang… mengecewakan dan so-so jer jalan cerita nie. Kung Fu diorang pun macam dah familiar sangat dah rasanya dan takde benda yang baru sangat. Kira okey ler aku bagi rating 7/10. Sapa-sapa belum tengok aku cadangkan tengok dulu baru boleh nak komen best ke tak.. hehehe.

Oh yek, lupe plak semalam kira aku pergi dengan member2 dari satu forum nie… 2 orang yang pegi tu ialah en. Darkwan dan jugak en. Paan. Lain kali diorang nak bawak awek plak pergi tengok wayang.. hehehe :D .

1 comment 19 April, 2008

Bersediakah Kita Memasuki Era Digital II?

Aku amat tertarik dengan kenyataan manusia paling kaya di dunia yang hanya bermula dengan pengenalan sebuah sistem operasi untuk komputer peribadi kira-kira 20 tahun dulu. Nama Bill Gates sememangnya begitu sinonim dengan Microsoft dan sistem operasi yang ada terdapat di hampir semua komputer masakini kini sama ada di rumah, di pejabat mahupun dalam PDA anda. Apa yang menarik ialah ramalan beliau bahawa, era baru digital akan bermula 10 tahun akan datang. Apa yang beliau maksudkan dengan era baru digital ini?

Semua telah maklum yang komputer peribadi atau PC telah merevolusikan cara kita bekerja, cara kita bermain, cara beriadah, malahan cara berkomunikasi dan sebagainya. Hampir semua perkara yang suatu masa dulu tidak pernah kita fikirkan telahpun terjadi pada masa sekarang. Jika pada tahun 1990-an komputer telah mula menempatkan dirinya sebagai nadi yang memudahkan sebarang kerja manusia, dan pada tahun-tahun 2000 pula, ledakan gerbang siber (internet) berlaku dengan begitu pesat. Seterusnya pada era yang sama, komunikasi menjadi semakin canggih dengan perluasan penggunaan alat komunikasi yang kini bergabung dengan sistem komputer itu sendiri.

Jadi, apa pula yang bakal anda saksikan pada tahun 2010 nanti? Nantikan kemunculan era baru digital tidak lama lagi (insya’allah), dan semoga kita bersedia menghadapi ledakan teknologi maklumat yang tidak akan pernah berhenti. Masih bolehkah kita bersaing di arena global dan mampukah kita memberi suapan maklumat terkini dan berguna kepada anak cucu kita nanti. Dunia sekarang, dunia yang mana maklumat sentiasa mengalir… terpulang kepada kita mengolah, proses dan adunkan maklumat berkenaan untuk survival bangsa dan negara.

Mungkin jika ditakdirkan berlaku Perang Dunia III, peperangan itu adalah peperangan teknologi maklumat! Pada masa itu, artileri, kereta kebal dan meriam digantikan dengan superPDA dan superkomputer… peluru dan misil diganti dengan virus, worms dan trojanhorse… tentera tidak lagi meredah hutan belukar dan gurun panas; sebaliknya meredah ruangan siber melalui gentian optik dan elektronik… agen pengorek rahsia musuh kini adalah spyware. Pahlawan terbilang digital adalah hackers dan crackers. Senjata mereka adalah keyboard, tetikus dan peranti elektronik lain… Mungkinkah perkara ini tidak mustahil berlaku.

Gates ramal dunia di era baru digital 10 tahun lagi

LAS VEGAS 7 Jan. – Pengasas Microsoft, Bill Gates membuka secara tidak rasmi pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di Las Vegas yang menandakan “dekad digital” yang baru. Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.

“Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat. “Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya. Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih. Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian. “Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.

“Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau. Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna. Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja. “Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP

Petikan dari Utusan Malaysia Online.

3 comments 8 Januari, 2008

Next Posts Previous Posts


Arkib

Kategori

Kalendar

November 2009
A I S R K J S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.