Posts filed under 'Seni Model 3D'

Model Lepas Raya!

Sebenarnya, model robot nie dah lama dalam simpanan dan belum dipublish kat mana-mana website. Sebab sibuk dengan urusan seharian maka blog ini tidak dapat dikemaskinikan dengan sekerap yang boleh. Apa2 pun, selamat hari raya diucapkan kepada semua warga Malaysia dan muslim seluruh dunia. Untuk tatapan model lepas raya, saksikan model droid yang baru jer separuh jalan… nak detailkan lagi, malas ler plak… cukup ler kot… hehehe.

gatekeeperdroid-01.PNG

gatekeeperdroid-02.PNG

gatekeeperdroid-03.PNG

Add comment 18 Oktober, 2007

Selamat Berpuasa…

Pejam celik pejam celik, tak sangka kita akan berpuasa beberapa hari lagi. Baru sekejap tapi mendengar pengumuman di TV bahawa puasa akan jatuh pada hari Khamis. Pada yang belum ganti puasa tu, elok benarlah ganti cepat-cepat sebelum terlambat. Baiklah, sudah lama tidak post gambar model 3D terbaru. Jadi kita saksikan pulak model watak dengan pakaian Melayu…

hang-selamba1.png

2 comments 11 September, 2007

Doraemon 3D.

Pada hari Sabtu lepas, aku tiba-tiba terpandang kat TV cerita kartun yang paling popular suatu masa dulu iaitu Doraemon. Ini telah memberikan insporasi untuk menghasilkan pula model Doraemon 3D untuk tatapan anda semua. Aku mengambil masa kira-kira 2 jam untuk siapkan model ini. Hehehe… apa-apa pun, mungkin boleh pinjam alat daripada Doraemon untuk terbang macam helikopter nanti..

doraemon3.pngdoraemon4.png

doraemon2.pngdoraemon1.png

Add comment 6 Ogos, 2007

Pendekar Kucing Beraksi!

Sudah agak lama jugak tidak mengisi ruang blog ini dengan imej-imej 3D terbaru (baru beberapa minggu jer… hehehe). Oleh itu, kali ini kita akan berkenalan dengan watak-watak kucing yang beraksi penuh gaya. Mungkin boleh buat animasi untuk model kucing ini nanti. Walau pun berkilat dan nampak ganas, tapi semua kucing nie baik hati dan menjaga kita daripada serangan musuh… :D

superkucing2.png

superkucing1.png

Add comment 6 Ogos, 2007

Belajar Rendering!

Kali ini kita pergi selangkah ke hadapan dengan mempelajari apa yang dinamakan sebagai rendering. Dalam bidang rekabentuk model 3D, ianya adalah proses membina imej daripada model 3D supaya dapat dipaparkan dalam bentuk imej yang realistik berdasarkan ketetapan yang dikehendaki oleh seseorang modeller. Aku menggunakan rendering engine yang dinamakan sebagai Kerkythea iaitu sebuah perisian rendering yang percuma dan mampu memberikan hasil yang agak baik. Dalam internet pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rendering engine yang unik dan memiliki kelebihan masing-masing.

Sekarang saksikanlah beberapa peringkat dan penggunaan texture dan pencahayaan model-model Robot Samurai yang telah dirender dengan engine Kerkythea… :D

ironsoldier1.png

ironsoldier2.png

ironsoldier3.png

Pastikan komputer anda mempunyai cukup ‘power‘ sebelum membuat rendering yang detail. Kadang kala proses rendering mengambil masa berjam-jam dan ada yang berhari-hari. Aku tak sanggup tunggu lebih dari 3 jam semata-mata nak render satu imej… hehehe. Ini pula ialah scene pertarungan 2 samurai robot yang mengambil masa agak lama untuk selesai dirender.

ironsoldier4.png

ironsoldier5.png

Add comment 26 Julai, 2007

Previous Posts


Arkib

Kategori

Kalendar

November 2009
A I S R K J S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.