Posts filed under 'Preview Game'

Energy Collector

Nie dia pengumpul energy…

Add comment 2 November, 2008

Lama Benar Menunggu Game Starcarft2 nih!

Seperti mana yang dimaklumi oleh peminat-peminat fanatik permainan strategi paling berjaya Blizzard iaitu Starcraft, menunggu kedatangan sekuelnya sangat lah menyeksakan. Jika tak silap aku lah, game inilah yang telah menyebabkan beberapa kematian di kalangan pemain dari Korea Selatan yang sanggup dan ketagih bermain selama beberapa hari tanpa tido, makan dan rehat. Akibatnya, pemain berkenaan mati keletihan. Begitulah penangan permainan strategi masa nyata ini.

Boleh dikatakan ianya adalah salah satu permainan strategi paling berjaya abad ini kerana ianya bertahan hampir 10 tahun dalam pasaran dan masih dimainkan sehingga kini. Sekarang di khabarkan yang pembangun permainan ini akan menghasilkan pula kesinambungan dalam enjin 3-dimensi pula, menyusul selepas kejayaan besar-besaran permainan Warcraft 3 sebelum ini. Memang sah, ini akan menjadi satu lagi ‘cash cow’ untuk syarikat ini.

Aku pun memang tertunggu-tunggu juga, bila agaknya disiapkan permainan ini. Di harap ianya mampu mengubat rindu aku terhadap permainan strategi ini suatu masa dulu. Oleh itu, sambil kita menunggu, apa kata kita tengok dulu bakal-bakal pahlawan yang akan digunakan dalam peperangan ini nanti.

Aku sememangnya peminat bangsa Terran kerana ianya mempunyai struktur pertahanan dan serangan yang serasi dengan gaya permainan aku. Selain itu, terdapat 2 lagi bangsa lain iaitu bangsa Protoss (makhluk asing seperti dalam cerita Predator) dan Zerg (makhluk asing seperti cerita Alien). Bangsa Terran pula adalah golongan manusia yang memiliki teknologi angkasalepas yang canggih menentang 2 penjuru makhluk asing yang memiliki kelebihan masing-masing.

Ini adalah beberapa angkatan Terran yang aku ambil dari laman web rasmi Blizzard.

sc-battlecruiser.png

Battle Cruiser mengekalkan penguasaan sebagai kapal perang unggul bagi Terran.

sc-banshee.png

Unit baru Banshee seolah-olah helikopter dan memiliki keupayaan Cloak.

sc-ghost.png

Ghost sememangnya sniper paling digeruni dan bergerak secara misteri.

sc-marine.png

Marine kini semakin berkeupayaan menentang musuh.

sc-nomad1.png

sc-nomad2.png

Unit baru Nomad ini berkeupayaan CSV yang canggih dan membina pertahanan yang digeruni pihak musuh.

sc-reaper.png

Reaper adalah unit khas marine yang mampu bertahan dalam keadaan ektrem planet selain memiliki persenjataan berat yang hebat.

sc-thor.png

Thor adalah unit baru yang merupakan ‘firepower’ paling hebat dalam angkatan darat Terran.

sc-viking1.png

sc-viking2.png

Unit baru Viking mampu bertukar dari mode Jet ke mode Robot. Seperti cerita Transformer pulak… hehehe.

4 comments 27 Disember, 2007

Mari Model Robot Pulak!

Baru-baru ini Blizzard telah mengumumkan akan release game Starcraft 2 iaitu hasil daripada kejayaan Starcraft pada tahun 1998. Game inilah satu-satunya game strategi masa nyata yang paling aku gemari dan duduk lama dalam komputer riba ini sekian lama. Diharap ianya nanti dapat mengulangi kehebatan Starcraft asal. Dalam masa yang sama, aku mendapat idea untuk mula menghasilkan model 3D berbentuk robot disebabkan aku meminati robot-robot yang terdapat dalam Starcraft MOD Gundam Century.

Dalam masa 2 hari setelah berhempas-pulas mengkaji dan mencuba teknik-teknik tertentu, akhirnya siap juga seekor robot. Saksikanlah robot yang aku namakan sebagai Microbot (entah dah digunakan nama nie ke belum).

 

microbot.png

Add comment 31 Mei, 2007

Game Rekreasi Coral Fishing

coralfishing-ebox-complete.jpg

Coral Fishing ialah game yang dibangunkan oleh aku sendiri dengan bertemakan kawasan laut yang penuh dengan ikan-ikan batu karang. Ianya dihasilkan disebabkan minat yang mendalam dalam dunia memancing ikan tetapi masa yang terhad tidak mengizinkan aku untuk melakukan aktiviti berkenaan. Game ini amat mudah untuk dimainkan seperti mana kita memancing di laut, tasik, kolam, sungai dan sebagainya. Anda hanya perlu meletakkan mata kail pada kedalaman yang anda rasakan sesuai, dan tunggu ikan untuk memakan umpan anda. Apabila ikan memakan umpan anda, bolehlah menarik kembali mata kail berkenaan untuk menyimpan ikan berkenaan dalam bot anda.

Terdapat pelbagai jenis ikan untuk dipancing dan dengarkan muzik yang menarik sambil berekreasi dalam game yang amat mudah ini. Harus diingat tujuan game ini dibina ialah untuk memberikan ketenangan dan keseronokan dalam dunia pancing memancing. Anda tidak lagi perlu bersusah payah berjemur dalam terik matahari untuk memancing ikan batu karang… apa yang perlu hanya duduk di depan komputer anda.

coralfishing.jpg

Game berbentuk rekreasi ini telah dibangunkan pada pertengahan tahun 2006 dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Just BASIC. Selain itu, imej-imej dalam game berkenaan dihasilkan dengan perisian 3D Anim8or, ACDC dan sumber-sumber luaran lain. Anda boleh muat turun game ini di dalam website Worblesoft pada ruangan pautan di sebelah. Nantikan kemunculan lain-lain game yang aku akan review (tak semestinya game buatan aku sendiri… hehehe) dari semasa ke semasa.

Add comment 20 Januari, 2007

Logo Rasmi Kelab Bina Game

Pada hari ini logo Kelab Bina Game iaitu kelab yang dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai kecenderungan dan minat dalam dunia pembinaan game di forum Putera.com telah dipilih. Logo ini adalah hasil rekabentuk oleh B1naryc0de yang mendapat undian tertinggi daripada lebih 10 penyertaan. Diharap dengan adanya logo ini nanti akan memberikan identiti dan inspirasi kepada semua pihak yang berminat dalam pembangunan game. Kelab Bina Game adalah ilham daripada salah seorang ahli yang aktif membina game iaitu saudara Zsuperxtreme. Keterangan lanjut boleh diperolehi di laman forum putera.com. Disini, saya telah ‘render’ imej logo berkenaan dalam bentuk kotak perisian 3D untuk tatapan anda semua.

logokbg1.JPG

Grafik logo Kelab Bina Game dalam bentuk kotak perisian.

 logokbg2.JPG

Grafik logo Kelab Bina Game dalam bentuk kotak nipis.

Add comment 8 Januari, 2007


Arkib

Kategori

Kalendar

November 2009
A I S R K J S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.