Posts filed under 'Perisian & Rujukan'
Menganimasikan Wallpaper Anda!
Wallpaper adalah salah satu element penting dalam sistem operasi. Kadang kala ada yang suka meletakkan imej sendiri mahupun pemandangan semulajadi. Tahukah anda bahawa kini kita boleh menganimasikan wallpaper sesebuah Windows Vista atau pun Window XP (window lama yang lain tu dah out-dated, so malas orang nak develop program yang boleh run under dia.. hehehe). Caranya ialah dengan memuat turun dulu perisian dreamscene (sila check dalam Google! untuk maklumat lanjut) ke dalam komputer anda.

Memang menarik sekali tapi komputer anda kena lah boleh menampung kos memory yang banyak digunakan untuk menganimasikan wallpaper anda. Contoh di atas ini ada cutscene yang telah dibuat tadi… lepas nie ingat nak tukar balik ke mode asal memandangkan memory ram yang banyak diperlukan. Memang smooth betul pergerakan rumput2 hidup dalam wallpaper berkenaan. Mungkin pada masa akan datang, boleh membuat wallpaper animation yang cantik2 dan dinamik untuk tatapan pengguna.
Ingat nak tunggu upgrade sampai lebih 8GB RAM baru ler install balik program nie…. hahaha.
Add comment 25 Mei, 2008
Perancang Kewangan PERCUMA
Satu golongan pelik masyarakat di dunia nie dan tidak ketinggalan di Malaysia nie ialah sukakan barangan PERCUMA. Pantang tengok benda percuma, terus jer sambar semua (nie semua aku pernah saksikan sendiri)… misalnya suratkhabar percuma The Sun tu. Masa aku kerja dan kena menaiki LRT suatu masa dulu iaitu kira-kira 2 tahun yang lepas, aku selalu berebut-rebut nak ambik suratkhabar berkenaan. Ada yang ambil sampai lebih dari satu tu, entah untuk apakah diguna surakhabar berkenaan.. aku pun tak tahu. Masyarakat kita nie sememangnya telah begitu sinonim dengan benda-benda percuma nie.. subsidi itulah, subsidi inilah.. semuanya nak subsidi.
Dah panjang pulak aku buat intro nie….., hehehe. Sebenarnya aku nak review berkenaan satu perisian ringkas yang aku develop tahun 2006 yang lepas dan diberi secara PERCUMA. Cuma aku nak ‘thumb up’ kan semula program nie. Aku berikan nama PERSONAL CASHFLOW PLANNER (“PCP”) kerana ianya adalah sistem perancangan atau pembudgetan untuk setiap bulan. Anda boleh mendapat komen dan cadangan tentang apa yang terlebih dan terkurang dalam perbelanjaan bulanan dengan perisian ini.

PCP boleh didapati dalam laman web rasmi aku iaitu di http://www.senibinagame.com/perisian.html. Di sana juga anda akan dapati ada beberapa perisian lain yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Dan paling best ialah semuanya dihasilkan dalam bahasa Malaysia.
9 comments 2 Januari, 2008
Website Baru Aku: www.senibinagame.com!
Dalam bulan November 2007 yang lepas, aku terlalu sibuk sampaikan e-book yang hendak aku tulis tu terpaksa ditunda. Ini mengakibatkan kemungkinan besar ianya tidak dapat diterbitkan dalam bulan-bulan terdekat nie. Beberapa perkara telah berlaku dimana bulan November itu juga telah menyaksikan kemunculan laman web aku yang pertama (tanpa menggunakan free hosting), dan ianya telah ditaja oleh fivio.com. Terima kasih banyak-banyak atas tajaan anda dan sememangnya aku bercadang nak buka website pun pada waktu tu. Ini seumpama orang mengantuk disorongkan bantal lah… hahahaha.
Berbalik kepada laman web terbaru aku tu, segala maklumat dan pengemaskinian kandungan telah mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk diselesaikan. Sekarang anda boleh perolehi apa sahaja perkara berkaitan programming, grafik 2D, model 3D, e-book cover dan sebagainya. Malahan terdapat perkhidmatan tambahan lain yang akan mewarnai laman web berkenaan. Aku berhara, bagi yang ingin mencari sumber rujukan boleh berkongsi maklumat termasuklah artikel atau tutorial yang dirasakan sesuai untuk laman web berkenaan. Sumbangan anda akan menambahkan lagi sumber rujukan berbahasa Malaysia untuk semua rakyat Malaysia khasnya.
Beberapa projek terbaru aku sekarang nie lebih memfokuskan kepada pembangunan perisian-perisian yang boleh memudahkan kita. Jikalau anda ada idea, bolehlah anda kemukakan idea anda disini, mana tahu ianya boleh direalisasikan.
Add comment 6 Disember, 2007
Panduan Membina Game 2D Dalam BM
Aku dalam proses penulisan sebuah buku atau e-book berkenaan panduan komprehensif membina permainan komputer 2D. Nantikan kemunculan buku ini kerana banyak titik peluh dan rujukan telah aku curahkan dalam mempersembahkan bahan rujukan yang berkualiti. Ini akan menjadi satu-satu nya buku berbahasa Malaysia yang boleh menjadi panduan kepada sesiapa sahaja sama ada yang ingin membuat permainan 2D sebagai hobi mahu pun komersial. Ianya akan menjadi satu ‘masterpiece’ yang berguna kerana masa dan tenaga yang dicurahkan untuk menghasilkan buku ini begitu banyak. Dan aku berharap ini bukan hanya omongan dan angan2 kosong sahaja. Kerja penulisan buku menuntut bukan sahaja usaha, malahan keyakinan dan pemahaman mendalam dalam satu-satu bidang.
Aku telah lihat dan mentelaah banyak bahan bacaan di kedai-kedai buku ternama negara misalnya MPH, Popular, Kinokuniya dan sebagainya. Teramat kurang bahan rujukan teknikal mengenai pembangunan sebuah perisian yang berkualiti dalam bahasa Malaysia diperolehi apatah lagi buku berkenaan pembangunan permainan. Para penulis buku seolah-olah hanya memberikan cebisan maklumat umum yang tidak banyak membantu kefahaman pembaca. Ini seolah-olah penulis buku berkenaan juga tidak memahami secara mendalam akan perisian yang digunakan. Aku bukan mempersoalkan integriti mereka sebagai penulis, namun maklumat yang dipersembahkan terlalu umum selain sangat sedikit panduan yang benar-benar berguna selain banyak kesilapan dari segi ejaan dan kod aturcara. Perkara begini seharusnya perlu di elakkan kerana reputasi seorang penulis adalah bergantung kepada kualiti setiap karyanya.
Pada dasarnya pada masa blog ini ditulis, sebanyak 10% telah disiapkan. Buku ini mengandungi beberapa bahagian yang bukan sahaja membincangkan perihal membina permainan 2D, namun akan turut menyelitkan konsep, teori, genre dan falsafah disebalik permainan 2D. Terdapat tutorial yang meliputi pembinaan permainan 2D dalam genre Shooters, Platformers, Puzzlers, Pong dan Mazes yang lengkap bersama ilustrasi yang jelas. Pendek kata ianya menggabungkan hampir semua perkara yang diperlukan untuk membina permainan 2d anda yang pertama!
Tugas ini adalah sangat berat dan aku menjangkakan draft lengkap yang pertama akan disiapkan selewat-lewatnya bulan Januari 2008 (November 2007, Disember 2007 dan Januari 2008). Selain itu, proof-reading akan mengambil masa selama 1 bulan berikutnya dan 1 bulan lagi digunakan untuk penyesuaian rekaletak dalaman buku berkenaan. Semua sekali ianya memerlukan kira-kira 5 bulan untuk disiapkan. Aku berharap, dengan munculnya buku ini akan membuka mata banyak pihak tentang industri pembangunan permainan komputer khasnya buat rakyat Malaysia!
2 comments 24 Oktober, 2007
Belajar Rendering!
Kali ini kita pergi selangkah ke hadapan dengan mempelajari apa yang dinamakan sebagai rendering. Dalam bidang rekabentuk model 3D, ianya adalah proses membina imej daripada model 3D supaya dapat dipaparkan dalam bentuk imej yang realistik berdasarkan ketetapan yang dikehendaki oleh seseorang modeller. Aku menggunakan rendering engine yang dinamakan sebagai Kerkythea iaitu sebuah perisian rendering yang percuma dan mampu memberikan hasil yang agak baik. Dalam internet pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rendering engine yang unik dan memiliki kelebihan masing-masing.
Sekarang saksikanlah beberapa peringkat dan penggunaan texture dan pencahayaan model-model Robot Samurai yang telah dirender dengan engine Kerkythea…
Pastikan komputer anda mempunyai cukup ‘power‘ sebelum membuat rendering yang detail. Kadang kala proses rendering mengambil masa berjam-jam dan ada yang berhari-hari. Aku tak sanggup tunggu lebih dari 3 jam semata-mata nak render satu imej… hehehe. Ini pula ialah scene pertarungan 2 samurai robot yang mengambil masa agak lama untuk selesai dirender.
Add comment 26 Julai, 2007




