Posts filed under 'Pengalaman Hidup'
Tengok Wayang: Forbidden Kingdom
Semalam aku tengok wayang kat Cineleasure Damansara cerita Forbidden Kingdom lakonan Jet Li dan Jacky Chan. Namun rasa macam takde feel tengok aksi diorang… mengecewakan dan so-so jer jalan cerita nie. Kung Fu diorang pun macam dah familiar sangat dah rasanya dan takde benda yang baru sangat. Kira okey ler aku bagi rating 7/10. Sapa-sapa belum tengok aku cadangkan tengok dulu baru boleh nak komen best ke tak.. hehehe.
Oh yek, lupe plak semalam kira aku pergi dengan member2 dari satu forum nie… 2 orang yang pegi tu ialah en. Darkwan dan jugak en. Paan. Lain kali diorang nak bawak awek plak pergi tengok wayang.. hehehe
.
1 comment 19 April, 2008
Aku Geram Dengan Low Yat!
Bagi golongan ‘computer geek’ dan jugak bukan dalam golongan berkenaan.. sudah pasti nama low yat sinonim dengan tempat jual barangan komputer yang murah2 kan. Pada hari ni, aku pegi dengan mem aku untuk membeli sebuah desktop. Kami pergi dan sampai kat Plaza Low Yat nie pukul 3.30pm dan selesai urusan tawar menawar dan mencari spesifikasi yang berkenan di hati pada pukul 7.00pm (nie termasuklah jalan-jalan sambil shopping). Aku membeli sebuah desktop jenama Acer dengan Processor Core 2 Duo, 2 GB RAM dengan LCD monitor 17″. Jadi, jumlah kos yang aku belanjakan ialah RM2350.00 sahaja. Ini termasuk juga percuma Wireless Keyboard+Mouse jenama LogiTech. Dan mungkin ada sesiapa yang pernah dengar jenama Acer model Aspire yang memiliki casing CPU yang comel dan futuristik.
Apa yang menjadikan hari ini tidak begitu ceria ialah betapa lembap dan tidak profesional geng-geng yang menginstall operating system.. dalam kes ini aku nak install Windows Vista Premium. Bayangkan diorang janji nak siapkan pada pukul 8.30pm aku pun tunggulah dan bila ditanya… diorang jawab ada masalah hardware dan software. Ini yang buat aku bertambah geram, sebab ingat aku tak tau apa-apa ker pasal komputer nie. Nampak rupa, semua muda-muda belaka, dan bila aku tanya pada seller komputer berkenaan (yang nampak macam berpengalaman), diorang cuma trainee jer dan tak berapa reti nak install dan troubleshoot bila ada masalah sikit. Jadi terpaksa lah aku ambil keesokkannya pulak!
Pada pendapat aku lah, tempat dan keadaan kawasan kerja mereka terlalu sempit dan tidak mempunyai peralatan yang cukup. Bayangkan 2 hingga 3 komputer yang hendak diinstall berkongsi satu monitor sahaja. Sedangkan sebuah monitor boleh dapat dengan harga bawah RM100 sahaja (apa ler kedekut sangat tokey kedai nie sampai nak beli monitor murah pun tak mampu). Sedangkan caj untuk install tu semua RM80 dan aku tengok ramai yang beratur nak suruh geng-geng ini install OS dan perisian lain dalam komputer mereka. Kalau aku bukak kedai kat sana, dah lama agaknya aku jadi jutawan dan servis mungkin tip top punya… tapi apa boleh buat, aku hanya pengguna yang hanya mampu berceloteh di blog ini sahaja. Aku rasa ramai lagi mengalami nasib yang sama seperti aku nie… huhuhu.
9 comments 5 Januari, 2008
