Posts filed under 'Isu Semasa'
Tengok Wayang: Forbidden Kingdom
Semalam aku tengok wayang kat Cineleasure Damansara cerita Forbidden Kingdom lakonan Jet Li dan Jacky Chan. Namun rasa macam takde feel tengok aksi diorang… mengecewakan dan so-so jer jalan cerita nie. Kung Fu diorang pun macam dah familiar sangat dah rasanya dan takde benda yang baru sangat. Kira okey ler aku bagi rating 7/10. Sapa-sapa belum tengok aku cadangkan tengok dulu baru boleh nak komen best ke tak.. hehehe.
Oh yek, lupe plak semalam kira aku pergi dengan member2 dari satu forum nie… 2 orang yang pegi tu ialah en. Darkwan dan jugak en. Paan. Lain kali diorang nak bawak awek plak pergi tengok wayang.. hehehe
.
1 comment 19 April, 2008
Bersediakah Kita Memasuki Era Digital II?
Aku amat tertarik dengan kenyataan manusia paling kaya di dunia yang hanya bermula dengan pengenalan sebuah sistem operasi untuk komputer peribadi kira-kira 20 tahun dulu. Nama Bill Gates sememangnya begitu sinonim dengan Microsoft dan sistem operasi yang ada terdapat di hampir semua komputer masakini kini sama ada di rumah, di pejabat mahupun dalam PDA anda. Apa yang menarik ialah ramalan beliau bahawa, era baru digital akan bermula 10 tahun akan datang. Apa yang beliau maksudkan dengan era baru digital ini?
Semua telah maklum yang komputer peribadi atau PC telah merevolusikan cara kita bekerja, cara kita bermain, cara beriadah, malahan cara berkomunikasi dan sebagainya. Hampir semua perkara yang suatu masa dulu tidak pernah kita fikirkan telahpun terjadi pada masa sekarang. Jika pada tahun 1990-an komputer telah mula menempatkan dirinya sebagai nadi yang memudahkan sebarang kerja manusia, dan pada tahun-tahun 2000 pula, ledakan gerbang siber (internet) berlaku dengan begitu pesat. Seterusnya pada era yang sama, komunikasi menjadi semakin canggih dengan perluasan penggunaan alat komunikasi yang kini bergabung dengan sistem komputer itu sendiri.
Jadi, apa pula yang bakal anda saksikan pada tahun 2010 nanti? Nantikan kemunculan era baru digital tidak lama lagi (insya’allah), dan semoga kita bersedia menghadapi ledakan teknologi maklumat yang tidak akan pernah berhenti. Masih bolehkah kita bersaing di arena global dan mampukah kita memberi suapan maklumat terkini dan berguna kepada anak cucu kita nanti. Dunia sekarang, dunia yang mana maklumat sentiasa mengalir… terpulang kepada kita mengolah, proses dan adunkan maklumat berkenaan untuk survival bangsa dan negara.
Mungkin jika ditakdirkan berlaku Perang Dunia III, peperangan itu adalah peperangan teknologi maklumat! Pada masa itu, artileri, kereta kebal dan meriam digantikan dengan superPDA dan superkomputer… peluru dan misil diganti dengan virus, worms dan trojanhorse… tentera tidak lagi meredah hutan belukar dan gurun panas; sebaliknya meredah ruangan siber melalui gentian optik dan elektronik… agen pengorek rahsia musuh kini adalah spyware. Pahlawan terbilang digital adalah hackers dan crackers. Senjata mereka adalah keyboard, tetikus dan peranti elektronik lain… Mungkinkah perkara ini tidak mustahil berlaku.
Gates ramal dunia di era baru digital 10 tahun lagi
LAS VEGAS 7 Jan. – Pengasas Microsoft, Bill Gates membuka secara tidak rasmi pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di Las Vegas yang menandakan “dekad digital” yang baru. Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.
“Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat. “Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya. Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih. Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian. “Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.
“Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau. Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna. Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja. “Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP
Petikan dari Utusan Malaysia Online.
3 comments 8 Januari, 2008
Pengacara Kena Culik!
Semasa aku sedang membaca berita-berita menarik di Utusan Malaysia Online hari ini, aku tertarik dengan tajuk ini. Memang bahaya sudah negara kita nie, sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, jadi berhati-hatilah wahai sekalian rakyat Malaysia. Ikuti berita penuh di bawah ini.
Masih tiada petunjuk kesan suspek culik Wan Zaleha
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Usaha polis memburu tiga lelaki yang dipercayai bertanggungjawab menculik dan menyamun bekas personaliti TV3, Wan Zaleha Radzi di Pusat Bandar Damansara di sini Selasa lalu masih buntu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi berkata, polis setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penyelesaian kes tersebut.
“Namun, ini tidak bermakna polis memandang ringan kes berkenaan dan kita masih berusaha secara berterusan sehingga berjaya memecah kebuntuan.
“Kita sedang teruskan usaha mencari dan memburu ketiga-tiga suspek berdasarkan maklumat daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sama ada Wan Zaleha akan diminta untuk memberi keterangan lagi selepas ini, Sulaiman memberitahu, ia terpulang kepada keperluan siasatan. Menurutnya, sehingga petang ini, masih tiada tangkapan dibuat berhubung kes itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam pada 1 Januari lalu, Wan Zaleha disamun dan diculik tiga lelaki berusia 20-an dan 30-an di tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera.
Mangsa dikatakan bergelut dengan penjenayah untuk melepaskan diri namun lehernya dicekik dan dia kemudian ditahan selama tiga jam. Para penjenayah itu kemudian meninggalkan beliau di Masjid Puchong Perdana dekat sini pada pukul 12 tengah malam. Bagaimanapun, kereta Nissan Murano milik suami Wan Zaleha dilarikan oleh penjenayah terbabit.
1 comment 7 Januari, 2008
Konspirasi Didedahkan!
Semenjak dari awal tahun baru nie sehinggalah hari nie, berita paling sensasi berkenaan menteri kita yang seorang ini sahaja yang menjadi bual bicara bloggers semua. Aku dah naik bosan dengan berita sebegini, dan sememangnya orang-orang kita jika pasal isu yang ada kaitan dengan perkara-perkara lucah dan benda-benda panas nie memang nombor 1. Sebab tu jugalah sebuah akhbar tempatan berjaya mencatat jualan yang tertinggi kerana menggunakan tajuk-tajuk yang sebegini untuk menarik pembaca.
Aku sengaja menggunakan tajuk ini untuk melihat sejauh mana hits dan sejauh mana minatnya pembaca blog berkenaan isu ini (statistik)… hehehehe. Jadi, apa itu konspirasi dan mengapa handak didedahkan? Jika dah namanya konspirasi, tak payah ler nak didedahkan.. nanti sudah hilanglah teori konspirasinya. Dalam dunia nie sememangnya banyak teori-teori konspirasi yang mana manusia cuba memikirkan alternatif lain mengapa hal sesuatu itu berlaku. Kebanyakannya lebih bersifat konspirasi kumpulan tertentu yang disangka wujud dan bergerak secara rahsia dan penuh misteri.
Sudah banyak buku-buku yang membincangkan teori-teori konspirasi ini, termasuklah yang difilemkan oleh Hollywood. Sememangnya dunia kita tidak lekang dari teori-teori konspirasi yang baru. Selepas ini siapa pula yang bakal jadi sebahagian dari konspirasi… sama-samalah kita nilaikan. Aku pun dah pening kepala dengan apa yang aku tulis nie, hahahaha….
5 comments 3 Januari, 2008
Catatan Pertama 2008
Ini adalah entry pertama dalam tahun 2008, ditulis pada malam 1 January 2008. Apa yang menarik ialah setelah lama mendiamkan diri daripada menulis perkara-perkara yang banyak berkaitan permainan komputer, pembangunan perisian dan rekabentuk grafik 3 dimensi.. aku terpanggil untuk membina satu kategori baru iaitu isu semasa. Kebelakangan ini begitu banyak hal yang aku rasa memang tak berkaitan dengan hal-hal teknologi maklumat ingin aku kongsi bersama dalam blog yang tak berapa ‘cute’ ini (hehehe…).
Pada hemat aku lah, sambutan tahun baru yang diadakan baru-baru ini tersangatlah membazirnya. Cuba korang bayangkan satu bunga api yang dibakar untuk berbunga di angkasa raya selama beberapa saat boleh mencecah RM50,000 seminit pertunjukan. Malam itu, berapa banyak telah dibelanjakan untuk membakar bunga api berkenaan.

Jika di hitung secara kasar, satu tempat membakar kira-kira lebih 10 minit bunga api, bermakna belanja lebih kurang RM50,000 x 10 minit bersamaan RM500,000. Itu dah setengah juta ringgit. Bayangkan seluruh ibu negeri bakar bunga api serentak di ikuti beberapa tempat kunjungan lain. Kita ambil anggaran kasar misalnya 20 tempat sahaja.. maka jumlah belanja ialah 20 x RM500,000 = RM10,000,000!
Waduh waduh! Ini memang satu perbelanjaan yang besar, semata-mata nak sambut tahun baru. Itu baru dari segi belanja bunga api… bagaimana pula dengan perbelanjaan lain? Hehehe… fikir-fikirkanlah.
4 comments 1 Januari, 2008
