
Selamat datang ke Blog Senibina Game, sebuah blog yang didedikasikan khas bagi yang gemar membina game tetapi masih tercari-cari arah dan haluan yang betul. Blog ini dihasilkan daripada semangat untuk memberikan informasi yang berguna dalam bahasa Malaysia kepada sesiapa sahaja yang berhasrat membina game mereka yang pertama sama ada game 2D atau 3D. Blog ini akan dikemaskini sekerap yang boleh dan insya’allah akan diperkayakan dengan ilmu yang bermanfaat.
E-mail & YM: lanog_md@yahoo.com

rajin ko buat model 3D… rajin gak buat tutorial bina game… mmg ko rajin laaa… aku respect dgn krajinn ko… msti ko minat sgt bina game nie… also sudi kongsi ilmu kpd smua… trm ksh byk2…
apa projek ko skrng nie…? nk tau skit… x kn buat pixel art jer…?
By: eZaL on 16 Mei, 2007
at 3:39 am
So far, belum ada projek besar lagi. maklum lah kena bahagikan masa dengan kerja, keluarga dan hobby. Buat masa sekarang memadai dengan hasilkan perkara-perkara mudah seperti modeling 3D dan sebagainya.
By: lanog on 16 Mei, 2007
at 1:06 pm
huy bro..
ko punya blog cun….byk information yg berguna..
ko tulis pun dlm bahasa malaysia…senang skit paham..TQ
heee…
hmmm..aku minat nak belajar 3D…tapi cam susah jer..
nak create basic modeling pen pun ambik masa lama gler..
cam putus harapan nak belajar….
kalo ko tahu url utk free e book utk belajar 3D best gak..
Tima kasih..
By: nik on 7 Jun, 2007
at 12:38 pm
Terima kasih bro… nak belajar 3D nie sebenarnya tak sesusah yang digambarkan. Paling penting ialah kesabaran dan kesanggupan belajar selain minat yang mendalam dalam 3D. Kebanyakan tutorial dan ebook dalam bahasa Inggeris dan setiap satu perisian 3D memiliki kaedah yang tersendiri. Mungkin akan datang aku cuba hasilkan pulak ebook berkenaan perisian Anim8or…
By: lanog on 7 Jun, 2007
at 3:26 pm
tima kasih bro atas pandangan dan nasihat yg ko berikan..
okies…aku tunggu ebook tutorial dpd ko…
cayok! cayok!!…
By: nik on 9 Jun, 2007
at 4:07 am
wah… ko sntiasa aktif dlm bina game nie… walaupn buat kecik2 jer… aku nk dgr nasihat dr ko laaa… memandangkn smgt aku nie skrng agak kureng skit psl bina game… tp aku byk idea… cuma ssh nk d realisasikn… meh bg aku nasihat skit…
By: eZaL on 22 Jun, 2007
at 5:48 am
Aisey… wah eZal, ko buat apa sekarang nie. Lama tak dengar khabar berita. sebenarnya kalau nak ikutkan memang semangat kita nie kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Pada pendapat aku, tak perlu ler kita paksa diri kita sangat… nanti akan beri kesan kepada mental pulak.. hehehehe.
Jika dah banyak idea datang, tapi semangat tu takde lagi. Apa yang boleh dibuat ialah cuba catat kat kertas idea-idea tu, lepas tu simpan. Mana tahu, bila dah bersemangat balik boleh baca balik catatan yang kita simpan tu…
By: lanog on 24 Jun, 2007
at 12:32 pm
Salam.
Memang bagus ada tok guru mengajar bat game sendiri. Kami Dah download E-book Best. Tapi, sampai sekarang masih terkial-kial nak mulakan sendirik.
Mungkin jikalau kami ramai2 mintak tok guru buat kelas boleh tak? Kami ni pelajar. Boleh la kami gain exeperience and knowledge. Mana tahu, boleh pulak jadi sumber tenaga kerja ICT – buat game
By: Surfer on 27 Julai, 2007
at 12:51 am
Wsalam.. lama gak nak balas post en. Surfer. Sama-sama ler kita belajar dan kongsi apa yang ada. Sebenarnya ramai yang berada dalam bidang pembinaan game nie sepenuh masa, cuma mereka tidak tonjolkan diri akibat kesibukan kerja. Mereka inilah yang boleh memberi kita tunjuk ajar sebenar dalam bidang penghasilan game.
By: lanog on 6 Ogos, 2007
at 6:30 am
wah..bagus.kalau dah ramai org Malaysia esp melayu dah pandai programming.mungkin dari satu ke satu tahap,bolehla wat komuniti pembangun perisian.leh wat macam2 hardcore nyer game.spaya, bukan omputih n jepun je leh wat perisian dan game hebat2.kita pn bleh dan boleh sumbang kt komuniti seluruh dunia.xpn open source gaming, under Malaysian Flag.smart gak.hehe
By: Idris Yussof on 18 Disember, 2007
at 3:01 am
cool.. =)
i consider this as a great step to memartabatkan bahasa melayu…
teruskan usaha anda.
p.s.. mok ckp bahasa sarawak tapi macam pelik jak rasa. eheheh…yes, mechatronics = robotics.
By: nono on 31 Disember, 2007
at 10:33 am
Idris,
Memang ramai yang pandai buat programming tapi takde ler diorang suka menulis dalam blog nie. Diorang lebih suka menulis code dan pikir logik daripada pikir bab isu semasa.
nono,
Ehehehe.. datang juak kitak kat blog kamek tok… kamek novice gik, sila beri tunjuk ajar lak, ok.
By: lanog on 31 Disember, 2007
at 6:30 pm
ahaha.. sure la datang.. mesti la kita return kan gesture orang kan? no? ahahah… kmk sik la overly minat dgn game world but i have interest in computer, programming, web design and all the IT’s stuffs la.. boleh juak kmk jenguk2 bog kitak sbb ada banyak benda best yang kmk boleh extract…
haha, kmk sik berani berik tunjuk ajar. bengong kitak oleh kmk klak. ahhaha..
=)
By: nono on 1 Januari, 2008
at 4:19 pm
terima kasih…
saya pun orang baru dalam dunia blog ni ^^
saya ada terserempak dengan blog saudara sebelum ini, syabas saya ucapkan, sebab blog macam kita ni memang susah nak jumpa…
teruskan usaha.
sorry ayat skema. hahaha.
By: rightbrainer on 3 Januari, 2008
at 10:34 am
nono dan righbrainer,
sama-sama lah kita maju dalam bidang blog memblog nie.. tak kira lah ayat skema, ayat budak sekolah or ayat profesor… idea dan pemikiran kita perlu disampaikan dengan berhemat…. wahahaha.
By: lanog on 3 Januari, 2008
at 3:08 pm