Bersediakah Kita Memasuki Era Digital II?
8 Januari, 2008
Aku amat tertarik dengan kenyataan manusia paling kaya di dunia yang hanya bermula dengan pengenalan sebuah sistem operasi untuk komputer peribadi kira-kira 20 tahun dulu. Nama Bill Gates sememangnya begitu sinonim dengan Microsoft dan sistem operasi yang ada terdapat di hampir semua komputer masakini kini sama ada di rumah, di pejabat mahupun dalam PDA anda. Apa yang menarik ialah ramalan beliau bahawa, era baru digital akan bermula 10 tahun akan datang. Apa yang beliau maksudkan dengan era baru digital ini?
Semua telah maklum yang komputer peribadi atau PC telah merevolusikan cara kita bekerja, cara kita bermain, cara beriadah, malahan cara berkomunikasi dan sebagainya. Hampir semua perkara yang suatu masa dulu tidak pernah kita fikirkan telahpun terjadi pada masa sekarang. Jika pada tahun 1990-an komputer telah mula menempatkan dirinya sebagai nadi yang memudahkan sebarang kerja manusia, dan pada tahun-tahun 2000 pula, ledakan gerbang siber (internet) berlaku dengan begitu pesat. Seterusnya pada era yang sama, komunikasi menjadi semakin canggih dengan perluasan penggunaan alat komunikasi yang kini bergabung dengan sistem komputer itu sendiri.
Jadi, apa pula yang bakal anda saksikan pada tahun 2010 nanti? Nantikan kemunculan era baru digital tidak lama lagi (insya’allah), dan semoga kita bersedia menghadapi ledakan teknologi maklumat yang tidak akan pernah berhenti. Masih bolehkah kita bersaing di arena global dan mampukah kita memberi suapan maklumat terkini dan berguna kepada anak cucu kita nanti. Dunia sekarang, dunia yang mana maklumat sentiasa mengalir… terpulang kepada kita mengolah, proses dan adunkan maklumat berkenaan untuk survival bangsa dan negara.
Mungkin jika ditakdirkan berlaku Perang Dunia III, peperangan itu adalah peperangan teknologi maklumat! Pada masa itu, artileri, kereta kebal dan meriam digantikan dengan superPDA dan superkomputer… peluru dan misil diganti dengan virus, worms dan trojanhorse… tentera tidak lagi meredah hutan belukar dan gurun panas; sebaliknya meredah ruangan siber melalui gentian optik dan elektronik… agen pengorek rahsia musuh kini adalah spyware. Pahlawan terbilang digital adalah hackers dan crackers. Senjata mereka adalah keyboard, tetikus dan peranti elektronik lain… Mungkinkah perkara ini tidak mustahil berlaku.
Gates ramal dunia di era baru digital 10 tahun lagi
LAS VEGAS 7 Jan. – Pengasas Microsoft, Bill Gates membuka secara tidak rasmi pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di Las Vegas yang menandakan “dekad digital” yang baru. Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.
“Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat. “Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya. Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih. Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian. “Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.
“Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau. Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna. Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja. “Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP
Petikan dari Utusan Malaysia Online.
Entry Filed under: Isu Semasa. .
3 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
me yginsaf | 8 Januari, 2008 at 10:08 am
me dh lama x main game
2.
lanog | 8 Januari, 2008 at 2:29 pm
main jer lah game2 kecik macam solitaire tu.. aku cadang nak design dan hasilkan satu game bulan nie.. hehehe.
3.
kipp | 23 Mac, 2008 at 5:31 am
Kalo la jadi sungguh apa yang ko cakap pasal World War III tu. Gerun gak. Mau taknye, nanti dorang antar virus antar ke sistem pertahanan kita pastu jadi kereta kebal kita tembak geng sendiri… huhuhuhu…. gerun siot!