Aku Geram Dengan Low Yat!

5 Januari, 2008

Bagi golongan ‘computer geek’ dan jugak bukan dalam golongan berkenaan.. sudah pasti nama low yat sinonim dengan tempat jual barangan komputer yang murah2 kan. Pada hari ni, aku pegi dengan mem aku untuk membeli sebuah desktop. Kami pergi dan sampai kat Plaza Low Yat nie pukul 3.30pm dan selesai urusan tawar menawar dan mencari spesifikasi yang berkenan di hati pada pukul 7.00pm (nie termasuklah jalan-jalan sambil shopping). Aku membeli sebuah desktop jenama Acer dengan Processor Core 2 Duo, 2 GB RAM dengan LCD monitor 17″. Jadi, jumlah kos yang aku belanjakan ialah RM2350.00 sahaja. Ini termasuk juga percuma Wireless Keyboard+Mouse jenama LogiTech. Dan mungkin ada sesiapa yang pernah dengar jenama Acer model Aspire yang memiliki casing CPU yang comel dan futuristik.

Apa yang menjadikan hari ini tidak begitu ceria ialah betapa lembap dan tidak profesional geng-geng yang menginstall operating system.. dalam kes ini aku nak install Windows Vista Premium. Bayangkan diorang janji nak siapkan pada pukul 8.30pm aku pun tunggulah dan bila ditanya… diorang jawab ada masalah hardware dan software. Ini yang buat aku bertambah geram, sebab ingat aku tak tau apa-apa ker pasal komputer nie. Nampak rupa, semua muda-muda  belaka, dan bila aku tanya pada seller komputer berkenaan (yang nampak macam berpengalaman), diorang cuma trainee jer dan tak berapa reti nak install dan troubleshoot bila ada masalah sikit. Jadi terpaksa lah aku ambil keesokkannya pulak!

Pada pendapat aku lah, tempat dan keadaan kawasan kerja mereka terlalu sempit dan tidak mempunyai peralatan yang cukup. Bayangkan 2 hingga 3 komputer yang hendak diinstall berkongsi satu monitor sahaja. Sedangkan sebuah monitor boleh dapat dengan harga bawah RM100 sahaja (apa ler kedekut sangat tokey kedai nie sampai nak beli monitor murah pun tak mampu). Sedangkan caj untuk install tu semua RM80 dan aku tengok ramai yang beratur nak suruh geng-geng ini install OS dan perisian lain dalam komputer mereka. Kalau aku bukak kedai kat sana, dah lama agaknya aku jadi jutawan dan servis mungkin tip top punya… tapi apa boleh buat, aku hanya pengguna yang hanya mampu berceloteh di blog ini sahaja. Aku rasa ramai lagi mengalami nasib yang sama seperti aku nie… huhuhu.

Entry Filed under: Pengalaman Hidup. .

9 Comments Add your own

  • 1. Affuan  |  6 Januari, 2008 at 4:37 am

    Aiyak, apsal x install sendiri? Lagi cepat ma.. Hehe.

    Balas
  • 2. KNizam  |  6 Januari, 2008 at 12:10 pm

    betulla. aku dulu install sendiri jer. malas nak tunggu dia. masa beli laptop pun intsall sendiri kat kedai hp tingkat 5 tuh. hehheh

    Balas
  • 3. lanog  |  7 Januari, 2008 at 2:47 am

    tu ler.. aku ingatkan settle cepat. lagipun masa dia install bleh ler jalan2 sambung shopping. rupe2nya tak sangka jadi macam nie, kalo aku tau memang aku install sendiri kat rumah… takper ler, aku dah amik dah semalam… :D

    Balas
  • 4. mucs  |  7 Januari, 2008 at 5:17 am

    tu la, lain kali install sendiri je. puas ati.. kedai mana ni? viewnet murah woo..

    Balas
  • 5. zuriaf  |  7 Januari, 2008 at 3:43 pm

    aku tak pandai OS² ni…

    lama dah tak pegi Low Yat tuh…

    Balas
  • 6. lanog  |  8 Januari, 2008 at 1:47 am

    mucs:
    aku tak ingat da kedai tu kat mana dan nama dia.. tapi kat tingkat 3 dan berada tersorok di belakang (bukan kat depan).

    zuriaf:
    low yat nie tak banyak perubahan berbanding tahun2 sebelumnya. masih lagi havoc, jem, dan jurujual yang poyo2… hehehehe.

    Balas
  • 7. mucs  |  8 Januari, 2008 at 4:24 am

    owh.. aku dulu pernah keje kat satu kedai kat tingkat 2. tapi aku tak poyo hehe..

    Balas
  • 8. lanog  |  8 Januari, 2008 at 2:23 pm

    bukan semua poyo… ada ler sorang dua tu.. hehehe.

    Balas
  • 9. Aoi  |  7 Januari, 2009 at 6:31 am

    oiyo… Tu la, nape x install sendiri?
    lagi cpat dan pantas(?)

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Kategori

Kalendar

Januari 2008
A I S R K J S
« Dis   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.