Archive for Januari 2008

Bersediakah Kita Memasuki Era Digital II?

Aku amat tertarik dengan kenyataan manusia paling kaya di dunia yang hanya bermula dengan pengenalan sebuah sistem operasi untuk komputer peribadi kira-kira 20 tahun dulu. Nama Bill Gates sememangnya begitu sinonim dengan Microsoft dan sistem operasi yang ada terdapat di hampir semua komputer masakini kini sama ada di rumah, di pejabat mahupun dalam PDA anda. Apa yang menarik ialah ramalan beliau bahawa, era baru digital akan bermula 10 tahun akan datang. Apa yang beliau maksudkan dengan era baru digital ini?

Semua telah maklum yang komputer peribadi atau PC telah merevolusikan cara kita bekerja, cara kita bermain, cara beriadah, malahan cara berkomunikasi dan sebagainya. Hampir semua perkara yang suatu masa dulu tidak pernah kita fikirkan telahpun terjadi pada masa sekarang. Jika pada tahun 1990-an komputer telah mula menempatkan dirinya sebagai nadi yang memudahkan sebarang kerja manusia, dan pada tahun-tahun 2000 pula, ledakan gerbang siber (internet) berlaku dengan begitu pesat. Seterusnya pada era yang sama, komunikasi menjadi semakin canggih dengan perluasan penggunaan alat komunikasi yang kini bergabung dengan sistem komputer itu sendiri.

Jadi, apa pula yang bakal anda saksikan pada tahun 2010 nanti? Nantikan kemunculan era baru digital tidak lama lagi (insya’allah), dan semoga kita bersedia menghadapi ledakan teknologi maklumat yang tidak akan pernah berhenti. Masih bolehkah kita bersaing di arena global dan mampukah kita memberi suapan maklumat terkini dan berguna kepada anak cucu kita nanti. Dunia sekarang, dunia yang mana maklumat sentiasa mengalir… terpulang kepada kita mengolah, proses dan adunkan maklumat berkenaan untuk survival bangsa dan negara.

Mungkin jika ditakdirkan berlaku Perang Dunia III, peperangan itu adalah peperangan teknologi maklumat! Pada masa itu, artileri, kereta kebal dan meriam digantikan dengan superPDA dan superkomputer… peluru dan misil diganti dengan virus, worms dan trojanhorse… tentera tidak lagi meredah hutan belukar dan gurun panas; sebaliknya meredah ruangan siber melalui gentian optik dan elektronik… agen pengorek rahsia musuh kini adalah spyware. Pahlawan terbilang digital adalah hackers dan crackers. Senjata mereka adalah keyboard, tetikus dan peranti elektronik lain… Mungkinkah perkara ini tidak mustahil berlaku.

Gates ramal dunia di era baru digital 10 tahun lagi

LAS VEGAS 7 Jan. – Pengasas Microsoft, Bill Gates membuka secara tidak rasmi pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di Las Vegas yang menandakan “dekad digital” yang baru. Dalam ucaptama Pameran Elektronik Pengguna, Gates memberi pujian bagaimana komputer dan Internet menjadi amat perlu dan tempoh 10 tahun akan datang bakal menyaksikan perubahan hebat dalam teknologi.

“Dekad digital pertama telah menjadi sesuatu yang sangat hebat. “Ini hanya permulaan. Tidak ada apa yang akan menghalang kita daripada bergerak dengan lebih pantas dan jauh ke depan pada dekad digital kedua,” ujarnya. Menurut Gates terdapat lebih satu bilion komputer peribadi di seluruh dunia dan lebih 40 peratus penduduk memiliki telefon mudah alih. Katanya, dekad digital baru akan “tertumpu kepada pengguna” sementara media dan hiburan oleh tertumpu kepada perisian. “Dekad digital kedua akan lebih memberi tumpuan kepada menghubungi manusia.

“Aplikasi-aplikasi akan diperoleh melalui Internet dan menggunakan sebaik mungkin perkhidmatan perisian,” tambah beliau. Kenyataan beliau itu merupakan pengakuan bahawa pasaran semakin bergerak meninggalkan penjana kewangan kepada Microsoft iaitu perisian pakej yang dimuat turun ke dalam komputer pengguna. Gates berkata, pengalaman video berdefinisi tinggi akan “diperoleh di mana-mana” sama ada dari televisyen hingga kepada projektor tayangan di dinding, malah di atas meja. “Anda akan memperoleh data dengan mudah, tanpa perlu menggunakan jambatan antara peranti dan mengingati segala fungsinya,” jelas beliau. – AFP

Petikan dari Utusan Malaysia Online.

3 comments 8 Januari, 2008

Pengacara Kena Culik!

Semasa aku sedang membaca berita-berita menarik di Utusan Malaysia Online hari ini, aku tertarik dengan tajuk ini. Memang bahaya sudah negara kita nie, sesiapa sahaja boleh jadi mangsa, jadi berhati-hatilah wahai sekalian rakyat Malaysia. Ikuti berita penuh di bawah ini.

Masih tiada petunjuk kesan suspek culik Wan Zaleha

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Usaha polis memburu tiga lelaki yang dipercayai bertanggungjawab menculik dan menyamun bekas personaliti TV3, Wan Zaleha Radzi di Pusat Bandar Damansara di sini Selasa lalu masih buntu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi berkata, polis setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penyelesaian kes tersebut.

“Namun, ini tidak bermakna polis memandang ringan kes berkenaan dan kita masih berusaha secara berterusan sehingga berjaya memecah kebuntuan.

“Kita sedang teruskan usaha mencari dan memburu ketiga-tiga suspek berdasarkan maklumat daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sama ada Wan Zaleha akan diminta untuk memberi keterangan lagi selepas ini, Sulaiman memberitahu, ia terpulang kepada keperluan siasatan. Menurutnya, sehingga petang ini, masih tiada tangkapan dibuat berhubung kes itu. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam pada 1 Januari lalu, Wan Zaleha disamun dan diculik tiga lelaki berusia 20-an dan 30-an di tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah restoran makanan segera.

Mangsa dikatakan bergelut dengan penjenayah untuk melepaskan diri namun lehernya dicekik dan dia kemudian ditahan selama tiga jam. Para penjenayah itu kemudian meninggalkan beliau di Masjid Puchong Perdana dekat sini pada pukul 12 tengah malam. Bagaimanapun, kereta Nissan Murano milik suami Wan Zaleha dilarikan oleh penjenayah terbabit.

1 comment 7 Januari, 2008

Aku Geram Dengan Low Yat!

Bagi golongan ‘computer geek’ dan jugak bukan dalam golongan berkenaan.. sudah pasti nama low yat sinonim dengan tempat jual barangan komputer yang murah2 kan. Pada hari ni, aku pegi dengan mem aku untuk membeli sebuah desktop. Kami pergi dan sampai kat Plaza Low Yat nie pukul 3.30pm dan selesai urusan tawar menawar dan mencari spesifikasi yang berkenan di hati pada pukul 7.00pm (nie termasuklah jalan-jalan sambil shopping). Aku membeli sebuah desktop jenama Acer dengan Processor Core 2 Duo, 2 GB RAM dengan LCD monitor 17″. Jadi, jumlah kos yang aku belanjakan ialah RM2350.00 sahaja. Ini termasuk juga percuma Wireless Keyboard+Mouse jenama LogiTech. Dan mungkin ada sesiapa yang pernah dengar jenama Acer model Aspire yang memiliki casing CPU yang comel dan futuristik.

Apa yang menjadikan hari ini tidak begitu ceria ialah betapa lembap dan tidak profesional geng-geng yang menginstall operating system.. dalam kes ini aku nak install Windows Vista Premium. Bayangkan diorang janji nak siapkan pada pukul 8.30pm aku pun tunggulah dan bila ditanya… diorang jawab ada masalah hardware dan software. Ini yang buat aku bertambah geram, sebab ingat aku tak tau apa-apa ker pasal komputer nie. Nampak rupa, semua muda-muda  belaka, dan bila aku tanya pada seller komputer berkenaan (yang nampak macam berpengalaman), diorang cuma trainee jer dan tak berapa reti nak install dan troubleshoot bila ada masalah sikit. Jadi terpaksa lah aku ambil keesokkannya pulak!

Pada pendapat aku lah, tempat dan keadaan kawasan kerja mereka terlalu sempit dan tidak mempunyai peralatan yang cukup. Bayangkan 2 hingga 3 komputer yang hendak diinstall berkongsi satu monitor sahaja. Sedangkan sebuah monitor boleh dapat dengan harga bawah RM100 sahaja (apa ler kedekut sangat tokey kedai nie sampai nak beli monitor murah pun tak mampu). Sedangkan caj untuk install tu semua RM80 dan aku tengok ramai yang beratur nak suruh geng-geng ini install OS dan perisian lain dalam komputer mereka. Kalau aku bukak kedai kat sana, dah lama agaknya aku jadi jutawan dan servis mungkin tip top punya… tapi apa boleh buat, aku hanya pengguna yang hanya mampu berceloteh di blog ini sahaja. Aku rasa ramai lagi mengalami nasib yang sama seperti aku nie… huhuhu.

9 comments 5 Januari, 2008

Konspirasi Didedahkan!

Semenjak dari awal tahun baru nie sehinggalah hari nie, berita paling sensasi berkenaan menteri kita yang seorang ini sahaja yang menjadi bual bicara bloggers semua. Aku dah naik bosan dengan berita sebegini, dan sememangnya orang-orang kita jika pasal isu yang ada kaitan dengan perkara-perkara lucah dan benda-benda panas nie memang nombor 1. Sebab tu jugalah sebuah akhbar tempatan berjaya mencatat jualan yang tertinggi kerana menggunakan tajuk-tajuk yang sebegini untuk menarik pembaca.

Aku sengaja menggunakan tajuk ini untuk melihat sejauh mana hits dan sejauh mana minatnya pembaca blog berkenaan isu ini (statistik)… hehehehe. Jadi, apa itu konspirasi dan mengapa handak didedahkan? Jika dah namanya konspirasi, tak payah ler nak didedahkan.. nanti sudah hilanglah teori konspirasinya. Dalam dunia nie sememangnya banyak teori-teori konspirasi yang mana manusia cuba memikirkan alternatif lain mengapa hal sesuatu itu berlaku. Kebanyakannya lebih bersifat konspirasi kumpulan tertentu yang disangka wujud dan bergerak secara rahsia dan penuh misteri.

Sudah banyak buku-buku yang membincangkan teori-teori konspirasi ini, termasuklah yang difilemkan oleh Hollywood. Sememangnya dunia kita tidak lekang dari teori-teori konspirasi yang baru. Selepas ini siapa pula yang bakal jadi sebahagian dari konspirasi… sama-samalah kita nilaikan. Aku pun dah pening kepala dengan apa yang aku tulis nie, hahahaha….

5 comments 3 Januari, 2008

Perancang Kewangan PERCUMA

Satu golongan pelik masyarakat di dunia nie dan tidak ketinggalan di Malaysia nie ialah sukakan barangan PERCUMA. Pantang tengok benda percuma, terus jer sambar semua (nie semua aku pernah saksikan sendiri)… misalnya suratkhabar percuma The Sun tu. Masa aku kerja dan kena menaiki LRT suatu masa dulu iaitu kira-kira 2 tahun yang lepas, aku selalu berebut-rebut nak ambik suratkhabar berkenaan. Ada yang ambil sampai lebih dari satu tu, entah untuk apakah diguna surakhabar berkenaan.. aku pun tak tahu. Masyarakat kita nie sememangnya telah begitu sinonim dengan benda-benda percuma nie.. subsidi itulah, subsidi inilah.. semuanya nak subsidi.

Dah panjang pulak aku buat intro nie….., hehehe. Sebenarnya aku nak review berkenaan satu perisian ringkas yang aku develop tahun 2006 yang lepas dan diberi secara PERCUMA. Cuma aku nak ‘thumb up’ kan semula program nie. Aku berikan nama PERSONAL CASHFLOW PLANNER (“PCP”) kerana ianya adalah sistem perancangan atau pembudgetan untuk setiap bulan. Anda boleh mendapat komen dan cadangan tentang apa yang terlebih dan terkurang dalam perbelanjaan bulanan dengan perisian ini.

PCP boleh didapati dalam laman web rasmi aku iaitu di http://www.senibinagame.com/perisian.html. Di sana juga anda akan dapati ada beberapa perisian lain yang boleh dimuat turun secara PERCUMA! Dan paling best ialah semuanya dihasilkan dalam bahasa Malaysia.

9 comments 2 Januari, 2008

Previous Posts


Arkib

Kategori

Kalendar

Januari 2008
A I S R K J S
« Dis   Apr »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.