Archive for Disember 2007
Tahun 2008 Masa Untuk Bertindak!
Pejam celik dah esok nak masuk tahun baru iaitu 2008 M. Mungkin masing-masing ada azam tersendiri pada tahun depan nie, dan ada juga yang belum lagi habiskan azam tahun tahun sebelumnya. Tapi, tahun 2007 yang bakal berlalu mengundang banyak perkara yang tidak diduga. Di tahun inilah juga kita lihat pergolakan dunia semakin hebat. Nampaknya dunia telah menjadi semakin tidak aman dan lambat-laun jika kita lalai dan masih dibelenggu zaman lena dan khayal maka akan tertinggallah terkebelakang dalam semua bidang.
Eh.. apa yang aku mengarut nie. Cakap macam blog politik pulak… wahahaha. Tahun 2008 akan menjadi satu pentas baru bagi kita mencorakkan apa sahaja dimensi hidup. Aku akan lebih bersemangat untuk kemaskini blog ini pada tahun depan. Ianya satu tahun yang aku namakan sebagai tahun ‘menyimpan’ sebab aku target untuk menyimpan sebanyak mana pahala, ilmu, harta dan sebagainya.
9 comments 31 Disember, 2007
Lama Benar Menunggu Game Starcarft2 nih!
Seperti mana yang dimaklumi oleh peminat-peminat fanatik permainan strategi paling berjaya Blizzard iaitu Starcraft, menunggu kedatangan sekuelnya sangat lah menyeksakan. Jika tak silap aku lah, game inilah yang telah menyebabkan beberapa kematian di kalangan pemain dari Korea Selatan yang sanggup dan ketagih bermain selama beberapa hari tanpa tido, makan dan rehat. Akibatnya, pemain berkenaan mati keletihan. Begitulah penangan permainan strategi masa nyata ini.
Boleh dikatakan ianya adalah salah satu permainan strategi paling berjaya abad ini kerana ianya bertahan hampir 10 tahun dalam pasaran dan masih dimainkan sehingga kini. Sekarang di khabarkan yang pembangun permainan ini akan menghasilkan pula kesinambungan dalam enjin 3-dimensi pula, menyusul selepas kejayaan besar-besaran permainan Warcraft 3 sebelum ini. Memang sah, ini akan menjadi satu lagi ‘cash cow’ untuk syarikat ini.
Aku pun memang tertunggu-tunggu juga, bila agaknya disiapkan permainan ini. Di harap ianya mampu mengubat rindu aku terhadap permainan strategi ini suatu masa dulu. Oleh itu, sambil kita menunggu, apa kata kita tengok dulu bakal-bakal pahlawan yang akan digunakan dalam peperangan ini nanti.
Aku sememangnya peminat bangsa Terran kerana ianya mempunyai struktur pertahanan dan serangan yang serasi dengan gaya permainan aku. Selain itu, terdapat 2 lagi bangsa lain iaitu bangsa Protoss (makhluk asing seperti dalam cerita Predator) dan Zerg (makhluk asing seperti cerita Alien). Bangsa Terran pula adalah golongan manusia yang memiliki teknologi angkasalepas yang canggih menentang 2 penjuru makhluk asing yang memiliki kelebihan masing-masing.
Ini adalah beberapa angkatan Terran yang aku ambil dari laman web rasmi Blizzard.
Battle Cruiser mengekalkan penguasaan sebagai kapal perang unggul bagi Terran.
Unit baru Banshee seolah-olah helikopter dan memiliki keupayaan Cloak.
Ghost sememangnya sniper paling digeruni dan bergerak secara misteri.
Marine kini semakin berkeupayaan menentang musuh.
Unit baru Nomad ini berkeupayaan CSV yang canggih dan membina pertahanan yang digeruni pihak musuh.
Reaper adalah unit khas marine yang mampu bertahan dalam keadaan ektrem planet selain memiliki persenjataan berat yang hebat.
Thor adalah unit baru yang merupakan ‘firepower’ paling hebat dalam angkatan darat Terran.
Unit baru Viking mampu bertukar dari mode Jet ke mode Robot. Seperti cerita Transformer pulak… hehehe.
4 comments 27 Disember, 2007
Sampai bila harga game mahal kat Malaysia nie..?
Hehehe… lama aku dah tak tulis dalam blog nie. Memang sibuk sesangat hujung-hujung tahun nie. Petang nanti ingat nak cari CD Game strategy yang boss aku pesan. Rasanya memang susah nak cari dah CD game yang “ehem-ehem” tu. Bagi penggemar games, aku berpendapat hampir 90% yang bermain game yang bukan original. Maklum lah dekat Malaysia nie memang terkenal dengan sumber penyalin-penyalin dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah.
Ini mungkin sebab kebanyakan rakyat kita nie suka barangan yang murah tanpa mengambil kira kesukaran pihak yang asal yang membinanya. Tetapi, jika dilihat dari segi harga, sememangnya tidak akan mampu untuk membeli sebuah CD game sekalipun kerana harganya yang agak mahal. Bayangkan jika sebuah CD beharga kira-kira RM120 untuk sebuah game. Sebagai budak2 yang memang nak main game, jauh benar nak memiliki wang mencukupi bagi membeli CD berkenaan. So, pilihan yang ada pastikan di pusat-pusat jualan utama yang menempatkan penjual game yang telah disalin berkenaan.
Bagaimana nak atasi masalah ini agaknya? Rasa2nya, kena kurangkanlah harga supaya mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang kebanyakannya berpendapatan yang tidak seberapa. Mungkin untuk entertainment, mereka hanya peruntukkan kira-kira RM100 sahaja sebulan bagi sebuah keluarga. Kena kaji ler gaya hidup kebanyakan mereka nie jika nak melihat pasaran game berkembang maju di sini.
2 comments 17 Disember, 2007
Website Baru Aku: www.senibinagame.com!
Dalam bulan November 2007 yang lepas, aku terlalu sibuk sampaikan e-book yang hendak aku tulis tu terpaksa ditunda. Ini mengakibatkan kemungkinan besar ianya tidak dapat diterbitkan dalam bulan-bulan terdekat nie. Beberapa perkara telah berlaku dimana bulan November itu juga telah menyaksikan kemunculan laman web aku yang pertama (tanpa menggunakan free hosting), dan ianya telah ditaja oleh fivio.com. Terima kasih banyak-banyak atas tajaan anda dan sememangnya aku bercadang nak buka website pun pada waktu tu. Ini seumpama orang mengantuk disorongkan bantal lah… hahahaha.
Berbalik kepada laman web terbaru aku tu, segala maklumat dan pengemaskinian kandungan telah mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk diselesaikan. Sekarang anda boleh perolehi apa sahaja perkara berkaitan programming, grafik 2D, model 3D, e-book cover dan sebagainya. Malahan terdapat perkhidmatan tambahan lain yang akan mewarnai laman web berkenaan. Aku berhara, bagi yang ingin mencari sumber rujukan boleh berkongsi maklumat termasuklah artikel atau tutorial yang dirasakan sesuai untuk laman web berkenaan. Sumbangan anda akan menambahkan lagi sumber rujukan berbahasa Malaysia untuk semua rakyat Malaysia khasnya.
Beberapa projek terbaru aku sekarang nie lebih memfokuskan kepada pembangunan perisian-perisian yang boleh memudahkan kita. Jikalau anda ada idea, bolehlah anda kemukakan idea anda disini, mana tahu ianya boleh direalisasikan.
Add comment 6 Disember, 2007









