Panduan Membina Game 2D Dalam BM

24 Oktober, 2007

Aku dalam proses penulisan sebuah buku atau e-book berkenaan panduan komprehensif membina permainan komputer 2D. Nantikan kemunculan buku ini kerana banyak titik peluh dan rujukan telah aku curahkan dalam mempersembahkan bahan rujukan yang berkualiti. Ini akan menjadi satu-satu nya buku berbahasa Malaysia yang boleh menjadi panduan kepada sesiapa sahaja sama ada yang ingin membuat permainan 2D sebagai hobi mahu pun komersial. Ianya akan menjadi satu ‘masterpiece’ yang berguna kerana masa dan tenaga yang dicurahkan untuk menghasilkan buku ini begitu banyak. Dan aku berharap ini bukan hanya omongan dan angan2 kosong sahaja. Kerja penulisan buku menuntut bukan sahaja usaha, malahan keyakinan dan pemahaman mendalam dalam satu-satu bidang.

Aku telah lihat dan mentelaah banyak bahan bacaan di kedai-kedai buku ternama negara misalnya MPH, Popular, Kinokuniya dan sebagainya. Teramat kurang bahan rujukan teknikal mengenai pembangunan sebuah perisian yang berkualiti dalam bahasa Malaysia diperolehi apatah lagi buku berkenaan pembangunan permainan. Para penulis buku seolah-olah hanya memberikan cebisan maklumat umum yang tidak banyak membantu kefahaman pembaca. Ini seolah-olah penulis buku berkenaan juga tidak memahami secara mendalam akan perisian yang digunakan. Aku bukan mempersoalkan integriti mereka sebagai penulis, namun maklumat yang dipersembahkan terlalu umum selain sangat sedikit panduan yang benar-benar berguna selain banyak kesilapan dari segi ejaan dan kod aturcara. Perkara begini seharusnya perlu di elakkan kerana reputasi seorang penulis adalah bergantung kepada kualiti setiap karyanya. 

Pada dasarnya pada masa blog ini ditulis, sebanyak 10% telah disiapkan. Buku ini mengandungi beberapa bahagian yang bukan sahaja membincangkan perihal membina permainan 2D, namun akan turut menyelitkan konsep, teori, genre dan falsafah disebalik permainan 2D. Terdapat tutorial yang meliputi pembinaan permainan 2D dalam genre Shooters, Platformers, Puzzlers, Pong dan Mazes yang lengkap bersama ilustrasi yang jelas. Pendek kata ianya menggabungkan hampir semua perkara yang diperlukan untuk membina permainan 2d anda yang pertama!

Tugas ini adalah sangat berat dan aku menjangkakan draft lengkap yang pertama akan disiapkan selewat-lewatnya bulan Januari 2008 (November 2007, Disember 2007 dan Januari 2008). Selain itu, proof-reading akan mengambil masa selama 1 bulan berikutnya dan 1 bulan lagi digunakan untuk penyesuaian rekaletak dalaman buku berkenaan. Semua sekali ianya memerlukan kira-kira 5 bulan untuk disiapkan. Aku berharap, dengan munculnya buku ini akan membuka mata banyak pihak tentang industri pembangunan permainan komputer khasnya buat rakyat Malaysia!

Entry Filed under: Pembangunan Game, Perisian & Rujukan. .

2 Comments Add your own

  • 1. eZaL  |  6 Disember, 2007 at 4:53 am

    bole tahan… ada prkembangn… best2… website senibinagame dot com pn dah ada… all the best utk release buku buat game… hrp2 isi kandungn brmaklumat n sedap mata nk baca…

    Balas
  • 2. lanog  |  6 Disember, 2007 at 11:37 am

    Terima kasih ler eZal. Sudah pastinya sedap mata memandang… :D

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Arkib

Kategori

Kalendar

Oktober 2007
A I S R K J S
« Sep   Dis »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.