Archive for Ogos 2007
Doraemon 3D.
Pada hari Sabtu lepas, aku tiba-tiba terpandang kat TV cerita kartun yang paling popular suatu masa dulu iaitu Doraemon. Ini telah memberikan insporasi untuk menghasilkan pula model Doraemon 3D untuk tatapan anda semua. Aku mengambil masa kira-kira 2 jam untuk siapkan model ini. Hehehe… apa-apa pun, mungkin boleh pinjam alat daripada Doraemon untuk terbang macam helikopter nanti..
Add comment 6 Ogos, 2007
Pendekar Kucing Beraksi!
Sudah agak lama jugak tidak mengisi ruang blog ini dengan imej-imej 3D terbaru (baru beberapa minggu jer… hehehe). Oleh itu, kali ini kita akan berkenalan dengan watak-watak kucing yang beraksi penuh gaya. Mungkin boleh buat animasi untuk model kucing ini nanti. Walau pun berkilat dan nampak ganas, tapi semua kucing nie baik hati dan menjaga kita daripada serangan musuh…


Add comment 6 Ogos, 2007



