Archive for Julai 2007

Belajar Rendering!

Kali ini kita pergi selangkah ke hadapan dengan mempelajari apa yang dinamakan sebagai rendering. Dalam bidang rekabentuk model 3D, ianya adalah proses membina imej daripada model 3D supaya dapat dipaparkan dalam bentuk imej yang realistik berdasarkan ketetapan yang dikehendaki oleh seseorang modeller. Aku menggunakan rendering engine yang dinamakan sebagai Kerkythea iaitu sebuah perisian rendering yang percuma dan mampu memberikan hasil yang agak baik. Dalam internet pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rendering engine yang unik dan memiliki kelebihan masing-masing.

Sekarang saksikanlah beberapa peringkat dan penggunaan texture dan pencahayaan model-model Robot Samurai yang telah dirender dengan engine Kerkythea… :D

ironsoldier1.png

ironsoldier2.png

ironsoldier3.png

Pastikan komputer anda mempunyai cukup ‘power‘ sebelum membuat rendering yang detail. Kadang kala proses rendering mengambil masa berjam-jam dan ada yang berhari-hari. Aku tak sanggup tunggu lebih dari 3 jam semata-mata nak render satu imej… hehehe. Ini pula ialah scene pertarungan 2 samurai robot yang mengambil masa agak lama untuk selesai dirender.

ironsoldier4.png

ironsoldier5.png

Add comment 26 Julai, 2007

Kereta Kumbang In Action

Kali ini setelah agak lama tidak menyentuh bahagian rendering model 3D, kita hasilkan pula model sebuah kereta yang dipanggil Kereta Kumbang. Kereta ini diinspirasikan daripada bentuk badan seekor kumbang (“bee”) yang memiliki warna kuning dan hitam. Mungkin Perodua nak keluarkan kereta ini menggantikan kereta-kereta mini diorang pada masa hadapan… hehehe.

beecar1.png

Dalam masa yang sama, aku mula mengkaji sejenis rendering engine yang digelar Kerkythea. Ianya sebuah engine yang agak baik selain PERCUMA digunakan dan memiliki ciri-ciri yang sangat mesra pengguna. Penggunaan rendering engine sememangnya sangat berguna terutama sekali jika kita terlibat dalam bidang grafik industri seperti perfileman, iklan dan sebagainya. Kelebihan rendering engine ialah ianya mampu mencipta grafik yang cantik dan photorealistic. Oleh kerana aku masih belajar menggunakan Kerkythea ini, maka imej Kereta Kumbang ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan pereka profesional. Takpe, nanti bila dah mahir sikit, aku cuba hasilkan pula imej photorealistic.

beecar2.png

beecar3.png

beecar4.png

beecar5.png

Add comment 16 Julai, 2007

Model Pesawat Henschel HS123

Peperangan Dunia Pertama juga melibatkan pesawat-pesawat pejuang. Antara pesawat pejuang klasik ini termasuklah Henschel HS 123 yang digunakan oleh tentera udara Jerman. Pada era ini, kemenangan banyak bergantung kepada skill dan pengalaman seseorang juruterbang berbanding pesawat yang digunakan. Disinilah munculnya hero-hero handalan bagi setiap negara yang menyertai teater peperangan dunia pertama.

henschel1.png

henschel2.png

Add comment 7 Julai, 2007

Model Pesawat F-86 Sabre

Add comment 2 Julai, 2007

Model Pesawat Tempur WW2

Model kapal terbang tempur Perang Dunia II memang menjadi satu kemestian bagi peminat-peminat kenderaan perang zaman perang dunia dahulu. Kali ini, kita cuba hasilkan pula pesawat perang dengan rekabentuk hampir sama. Ini diperolehi dengan menggunakan blueprint asal rekabentuk kapal terbang berkenaan dari internet.

messerschmitt.png

messerschmitt2.png

1 comment 1 Julai, 2007


Arkib

Kategori

Kalendar

Julai 2007
A I S R K J S
« Jun   Ogo »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.