Archive for Jun 2007

Robojeep – Robot Ala2 Transformers!

Hehehe… semenjak dua menjak kebelakangan ini aku punya busy sampai nak bukak internet pun tak sempat. Walau bagaimana pun, selama aku outstation selama seminggu ini, ada jugak model 3D yang aku berjaya hasilkan iaitu model kereta yang boleh bertukar jadi robot.

transformercar-01.png

transformercar-02.png

transformercar-04.png

transformercar-05.png

transformercar-06.png

transformercar-07.png

transformercar-08.png

Add comment 24 Jun, 2007

Teringat Cerita Robotech.

Pada zaman persekolahan dulu, di televisyen ada menayangkan anime robotech yang memang aku minati. Aku memang suka cerita yang ada robot dan boleh bertukar menjadi jet pejuang dan sebagainya. Oleh itu, disini aku cuba hasilkan model 3D robot dengan jet pejuang…

robotech-01.png robotech-02.png

robotech-03.png robotech-04.png

Add comment 17 Jun, 2007

Transformers Basikal!

Sempena dengan kedatangan filem yang ditunggu-tunggu iaitu Transformers, aku menghasilkan pula model 3D Transformer Basikal. Agak lucu jugak jika difikirkan sebuah basikal boleh jadi robot… hahahaha. Walau apa pun, aku realisasikan jugak setelah beberapa hari menyiapkan projek ini. Pejam celik pejam celik, telah pun siap. Nampaknya robot ini diperlukan bila anda ingin menunggang basikal ke kawasan-kawasan yang merbahaya. Kalau ada bahaya, basikal tu boleh bertukar jadi robot pulak… okey, tanpa membuang masa, saksikan model-model tersebut…

transformersbike-01.png transformersbike-02.png transformersbike-03.png

8 comments 15 Jun, 2007

Buku Rekabentuk Grafik Game Komputer

Kali ini aku ingin review sebuah e-book percuma yang ditulis oleh seorang artis graphic piksel yang berpengalaman luas. Buku yang bertajuk ‘Designing Arcade Computer Game Graphic’ ini adalah sangat berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam dunia penghasilan grafik arked 2D untuk sesebuah game. Tidak kira game tersebut untuk telefon bimbit mahupun komputer, ianya menerangkan bukan sahaja asas, malahan tips yang agak menarik untuk semua.

Sememangnya pengalaman penulis buku ini iaitu Ari Feldman amat luas dan anda tidak akan rugi jika membaca dan mendapat manfaat yang berguna daripada buku ini. Apa yang paling menarik ialah buku ini yang asalnya dijual dalam hard copy telah dijadikan dalam bentuk e-book untuk kemudahan pembaca. Paling istimewa ialah ianya adalah PERCUMA!

Anda boleh cuma memuat turun e-book berkenaan di SINI.

Add comment 11 Jun, 2007

Laptop Rosak Pulak!

Sudah seminggu laptop aku rosak dan segala maklumat penting termasuk kod sumber, fail-fail format grafik dan segala macam lagi informasi dalam harddisk aku telah termusnah dengan sekelip mata. Apa boleh buat, perkara ini memang tak dapat dielakkan dan juga tiada backup dibuat. Nasib baiklah beberapa data lain yang sempat juga disimpan dalam thumbdrive.

Setelah dihantar ke kedai komputer, ternyata harddrive tersebut telah tamat perkhidmatannya dan tidak dapat digunakan lagi… Terpaksa beli yang baru iaitu jenis Seagate 60GB. Walau bagaimana pun, prestasi komputer aku agak lembap setelah install semula dengan WindowsXP. Malahan ada ralat dan masalah lain yang sukar untuk dibetulkan. Ini adalah tanda-tanda aku nak bertukar komputer pulak lepas nie agaknya… hahahaha.

1 comment 7 Jun, 2007


Arkib

Kategori

Kalendar

Jun 2007
A I S R K J S
« Mei   Jul »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan Menarik

Blog Stats

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.