Kepelbagaian Warna Putih
25 Mei, 2007
Baru-baru ini, ada seorang ingin melihat grafik 3D dalam warna ‘putih gading‘ atau dikenali sebagai warna ‘ivory’. Sebenarnya, warna putih yang biasa digunakan dalam grafik, website dan pelbagai hasil seni lain adalah pelbagai. Definisi putih terlalu umum kerana terdapat pelbagai variasi warna dalam kategori ‘shade of white‘ ini. Setiap warna memiliki nilai RGB tersendiri iaitu gabungan Merah (Red), Hijau (Green) dan Biru (Blue). Kita biasanya mengklasifikan warna mengikut nilai tersebut iaitu antara nilai 0 hingga 255.
- WHITE (RGB Value: 255, 255, 255)
- CREAM (RGB Value: 255, 253, 208)
- COSMIC LATTE (RGB Value: 255, 248, 231)
- IVORY (RGB Value: 255, 255, 240)
- MAGNOLIA (RGB Value: 248, 244, 255)
- OLD LACE (RGB Value: 253, 245, 230)
- SEASHELL (RGB Value: 255, 245, 238)
Setelah dimasukkan warna Ivory ke dalam sesebuah model 3D, pewarnaan mempengaruhi sedikit efek sesebuah warna dan ‘feel’ model berkenaan. Ternyata selain warna sedia ada, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada unsur-unsur lain dalam penghasilan kesan visual material pada sesebuah model 3D.
Entry Filed under: Seni Model 3D, Seni Piksel 2D. .
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed