Archive for Mei 2007
Mari Model Robot Pulak!
Baru-baru ini Blizzard telah mengumumkan akan release game Starcraft 2 iaitu hasil daripada kejayaan Starcraft pada tahun 1998. Game inilah satu-satunya game strategi masa nyata yang paling aku gemari dan duduk lama dalam komputer riba ini sekian lama. Diharap ianya nanti dapat mengulangi kehebatan Starcraft asal. Dalam masa yang sama, aku mendapat idea untuk mula menghasilkan model 3D berbentuk robot disebabkan aku meminati robot-robot yang terdapat dalam Starcraft MOD Gundam Century.
Dalam masa 2 hari setelah berhempas-pulas mengkaji dan mencuba teknik-teknik tertentu, akhirnya siap juga seekor robot. Saksikanlah robot yang aku namakan sebagai Microbot (entah dah digunakan nama nie ke belum).

Add comment 31 Mei, 2007
Kepelbagaian Warna Putih
Baru-baru ini, ada seorang ingin melihat grafik 3D dalam warna ‘putih gading‘ atau dikenali sebagai warna ‘ivory’. Sebenarnya, warna putih yang biasa digunakan dalam grafik, website dan pelbagai hasil seni lain adalah pelbagai. Definisi putih terlalu umum kerana terdapat pelbagai variasi warna dalam kategori ‘shade of white‘ ini. Setiap warna memiliki nilai RGB tersendiri iaitu gabungan Merah (Red), Hijau (Green) dan Biru (Blue). Kita biasanya mengklasifikan warna mengikut nilai tersebut iaitu antara nilai 0 hingga 255.
- WHITE (RGB Value: 255, 255, 255)
- CREAM (RGB Value: 255, 253, 208)
- COSMIC LATTE (RGB Value: 255, 248, 231)
- IVORY (RGB Value: 255, 255, 240)
- MAGNOLIA (RGB Value: 248, 244, 255)
- OLD LACE (RGB Value: 253, 245, 230)
- SEASHELL (RGB Value: 255, 245, 238)
Setelah dimasukkan warna Ivory ke dalam sesebuah model 3D, pewarnaan mempengaruhi sedikit efek sesebuah warna dan ‘feel’ model berkenaan. Ternyata selain warna sedia ada, kita sebenarnya tidak boleh lari daripada unsur-unsur lain dalam penghasilan kesan visual material pada sesebuah model 3D.
Add comment 25 Mei, 2007
Alat Pengukiran Digital
‘Digital Sculpting’ merupakan interaksi yang melibatkan geometri janaan komputer seperti poligon dan piksel seolah-olah seperti mengukir pada tanah liat. Dengan alatan seperti pengukiran digital ini, kita mampu memanipulasikan alatan seperti mana keadaan sebenar mengukir tanah liat contohnya tindakan menekan, melicin, memicit, menarik dan sebagainya. Kebanyakan alatan pengukiran digital ini adalah multi-resolusi iaitu berupaya menyunting objek 3D dalam pelbagai tahap dan ketelitian sesebuah model.
Disini disenaraikan alatan pengukiran digital yang agak baik digunakan membina model 3D. Perlu diingat setiap ‘tool’ mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kadang kala spesifik kepada tujuan tertentu. Antaranya termasuklah:




Add comment 24 Mei, 2007
Eksperimentasi Robohand Ringkas
Selepas 3 hari outstation di Kedah, aku kembali. Semasa aku outstation, aku sempat menghasilkan satu model yang menggabungkan beberapa bentuk asas seperti silider (cylinder) dan kubik (cube) dengan Anim8or. Oleh kerana ini kali pertama aku menggunakan beberapa teknik baru, maka hasil model ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan pereka 3D profesional (maklumlah… aku pun masih belajar dan menyelidik bidang 3D nie sebagai hobi sahaja). Kali ini, aku render model 3D tangan robotik yang aku namakan Robohand. Imej berikut di‘render’ dalam sudut pandangan berbeza.
Add comment 24 Mei, 2007
Implementasi Material Anim8or
Setelah mengenalpasti jenis material yang digunakan, implementasi ke atas model 3D adalah langkah penting untuk melihat kesesuaian penggunaannya. Kebebasan memilih jenis material ini kadang kala memberikan hasil yang kreatif dan diluar imaginasi anda. Baru-baru ini, aku telah membina beberapa model ringkas dan implementasikan material yang aku rasakan sesuai pada model-model tersebut. Antaranya termasuklah seperti berikutnya.
Add comment 19 Mei, 2007

